Assalamualaikum w.b.t
UNTUNGNYA ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK ALLAH SWT
Firman Allah Swt
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Surah Muhammad 47/ Ayat 17.
Maksudnya:
"Dan orang2 yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya."
------------------------
Allah Swt menegaskan hamba2Nya yang menerima petunjuk kearah keimanan dan mendengar serta patuh ajaran Al-Quran, akan ditambah oleh Allah ilmu pengetahuan mereka , dan dilapangkan dada mereka serta diilhamkan kesedaran , serta dibantu mereka untuk bertakwa kepadaNya.
Allah Swt memberikan jaminan bahawa barang siapa yang menghendakki petunjuk, maka Allah akan terus membimbing mereka .
Mereka diteguhkan diatas petunjuk dan diberikan tambahan keatas petunjuk tersebut berganda2 banyaknya.Yakni Allah akan memberikan ilham kepada mereka untuk beristiqamah menempuh jalan yang lurus.
Ini bermakna Allah sentiasa membimbing hamba2Nya , dihindarkan dari petunjuk yang bersumberkan hawa nafsu dan juga dari godaan syaitan yang terkutuk.
Bagi sesiapa yang sentiasa memohon petunjuk , Allah akan membukakan pintu hatinya. Firman Allah yang bermaksud: "Maka apakah orang2 yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya) ? Maka kecelakaan besarlah bagi mereka yang membatu (keras) hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." Az-Zumar 39/ Ayat 22.
Tanda bagi orang yang berlapang dada ialah perhatiannya telah tertumpu dinegeri akhirat, dan menganggap ianya jauh lebih baik dari kenikmatan hidup didunia ini yang penuh dengan tipu daya , disamping ia bersiap sedia menghadapi hidup dialam yang kekal abadi.
Lawan kepada hati yang sentiasa mendapat petunjuk adalah hati yang keras seperti batu yang tidak mahu menerima sebarang petunjuk kearah kebaikan.
Menurut Imam At- Tarmizi yang meriwayatkan sebuah hadith dari Ibnu Umar Ra, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:" Janganlah kamu bercakap banyak selain mengingati Allah Swt, kerana banyak bercakap selain mengingati Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang keras hatinya."
Berdoalah supaya hati kita sentiasa terbuka untuk menerima petunjuk dari Allah. Minta dijauhkan Allah menjadikan hati kita keras dan mati sehingga tertutup rapat dari menerima cahaya Al-Quran dan tidaklah terlalu banyak memikirkan hal2 duniawi sehingga lupa memikir dan bersiap sedia untuk alam ukhrawi yang kekal abadi.
Untuk mendapat petunjuk Allah Swt selalulah mendampingkan diri dengan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama. Disamping itu hendaklah merujuk kepada hadith2 Rasulullah sebagai sumber yang kedua, semoga kita mendapat petunjuk bagi membimbing hidup kita agar selamat didunia dan diakhirat.
Wallahua'lam
Rujukan
Tafsir Al Maraghiy Jilid 12 & 13
Sahih Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8
Kongsi2kan.
Wassalam.
Ir. Ezwan
www.irezwan.com
PS : Majlis Iftar bersama Anak Yatim Opah Hasnah & Raissya Rania Yeap (Felixia Yeap) akan
diadakan pada 24hb Julai 2014 di PWTC, KL.
Sesiapa yang berminat untuk sertai, sila hubungi 03-41444969/ 017-3995990. Tempahan sebelum
12hb Julai.
No comments:
Post a Comment